Advertisements
JDT & Selangor Terima Tonik Tambahan Ke Asia
Asia
MakanBola
JST/Selangor

Dua pasukan Liga Super 2023, Johor Darul Ta’zim (JDT) dan Selangor menerima tonik tambahan untuk berjuang di pentas Asia musim ini.

Skuad Harimau Selatan merupakan wakil tunggal Malaysia di pentas tertinggi Asia apabila bakal bersaing di Liga Juara-Juara AFC Elit (ACLE).

The Red Giants juga bakal menyusul langkah JDT namun bakal menggalas cabaran di Liga Juara-Juara AFC 2 (ACL2).

Kenyataan rasmi oleh MFL memberitahu sungguhpun Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) dijangka akan mengumumkan peraturan pemain asing tanpa had untuk pertandingan kelab AFC, MFL membuat keputusan tidak akan mengikut kuota tersebut.

“MFL mengekalkan kuota sembilan (9) pemain import dalam pendaftaran bagi musim 2024-2025.”

“Hanya pasukan-pasukan yang bersaing di pertandingan AFC iaitu AFC Champions League Elite (ACLE) dan ACL 2 serta pertandingan kelab ASEAN (AFF) dibenarkan mendaftar tambahan satu (1) pemain import.”

Ini bermaksud JDT dan Selangor bakal memperoleh tambahan satu slot untuk menjadikan jumlah keseluruhan pemain import kepada 10 orang.

Walau bagaimanapun, selepas menerima beberapa permintaan daripada kelab lain, MFL bersetuju untuk menambah kuota pemain import yang beraksi di atas padang.

“Namun selepas menerima permintaan beberapa kelab MFL serta mendapat persetujuan oleh kelab-kelab Liga Malaysia yang lain, MFL mengumumkan penambahan kuota seorang pemain import di atas padang untuk musim 2024-2025,” ujar MFL.

“Ini bermakna kuota musim 2024-2025 yang dipersetujui semua pasukan adalah 6 pemain import (iaitu 4+1 (Asia)+1 (Asean) dibenarkan berada di atas padang pada satu-satu masa dengan seorang pemain di bangku simpanan.”

MFL mengingatkan semua kelab agar berbelanja untuk mendapatkan pemain import mengikut kesesuaian percaturan serta kemampuan kewangan masing-masing.