Johor Darul Ta’zim (JDT) mengembang lagi perjalanan bola sepak ke serata Asia apabila kini mengadakan kolaborasi dengan kelab gergasi Emeriah Arab Bersatu (UAE), Sharjah FC.
Menerusi satu hantaran yang dimuat naik oleh Johor Southern Tigers, skuad Harimau Selatan telah bersetuju untuk berkolaborasi sekaligus bakal membuka lembaran baharu buat bola seoak kelab dan Malaysia.
Ini selepas kunjungan DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor merangkap pemilik JDT ke kelab tersebut ketika latihan pramusim Harimau Selatan yang sedang berlangsung di Dubai.
Bukan itu sahaja, Sharjah FC telah menawarkan JDT untuk menggunakan fasiliti latihan mereka secara percuma.
Ketika ini, JDT sedang mengadakan pra-musim di negara Timur Tengah itu dengan tiga perlawanan sudah pun berlangsung.
Anak didik Tano Solari juga berjaya mencatatkan dua kemenangan dan satu kekalahan berdepan kelab Rusia, FC Rostov.
Sharjah FC juga merupakan antara gergasi UAE apabila kini berada di tangga kedua Liga Pro UAE.