Dunia
Advertisements

Johor Darul Ta’zim menerusi laman Facebooknya, Johor Southern Tigers mengumumkan rekaan jersi untuk musim 2021.

jersi jdt 2021 away JDT Tampil Dengan Rekaan Jersi Bertaraf Dunia
Jersi Away JDT 2021

Berkonsepkan berlian dengan rekaan ringkas menjadikan rekaan jersi kali ini menerima maklum balas penyokong bola sepak Johor.

Selain itu rekaan baru ini juga memaparkan tajaan organisasi antarabangsa, United Nations International Children’s Emergency Fund (Unicef) di bahagian hadapan yang memberikan nilai tambah terhadap rekaan musim 2021 ini.

Advertisements
Jersi JDT Home 2021

Sebelum ini pemilik kelab, DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor mengumumkan akan menanggung sebahagian harga untuk salah satu jersi Nike JDT 2021 sebagai hadiah istimewa kepada penyokong bersempena dengan ulang tahun pertama Stadium Sultan Ibrahim dan sokongan penyokong yang tidak berbelah bahagi.

Harga rekaan baru jersi Johor Darul Ta’zim ini akan diumumkan hari ini jam 5.45 petang.

Rata-rata penyokong memberikan maklum balas positif dengan rekaan terbaru JDT ini dan menganggap ianya sebagai salah satu rekaan terbaik sepanjang penubuhan kelab.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram