JDT & UNICEF Anjur Klinik Bola Sepak
Komuniti
Johor Southern Tigers
Advertisements

Pasukan Johor Darul Ta’zim FC (JDT FC) terus memberi impak positif kepada masyarakat dengan menganjurkan klinik bola sepak melalui kolaborasi bersama UNICEF.

Klinik bola sepak ini diberi nama Kick For Inclusion – satu lagi kolaborasi antara JDT dan badan antarabangsa itu sejak memeterai kerjasama pada Disember 2020.

Klinik ini dianjurkan sempena Hari Kanak-Kanak Sedunia bagi menggalakkan penglibatan kanak-kanak dalam sukan tanpa mengira apa-apa perbezaan termasuk status kelainan upaya.

Advertisements

Selain itu, klinik ini juga dilihat tempat terbaik untuk mendemonstrasikan semangat saling menolong antara kanak-kanak.

Pengurusan JDT melihat program ini memberi peluang kepada semua kanak-kanak dapat menikmati masa permainan mereka.

“Semua kanak-kanak perlu mempunyai peluang untuk bermain tanpa mengira keupayaan mereka.” kata pihak pengurusan dalam satu kenyataan di Johor Southern Tigers.

Advertisements

Klinik bola sepak ini turut menyaksikan barisan pelatih kanak-kanak ini terdiri daripada barisan pemain akademi Harimau Selatan yang berusia 12 hingga 16 tahun.

Ini sebahagian daripada inisiatif #KidsTakeover UNICEF yang memberi peluang kepada kanak-kanak dan remaja untuk mengetuai inisiatif yang relevan dan sesuai dengan usia mereka.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram