Dunia
PJ City FC
Advertisements

Pemain pertahanan PJ City FC, Jeremy Lim dilihat semakin kerap diturunkan dalam kesebelasan utama pasukan setelah menampilkan beberapa aksi yang cemerlang baru-baru ini. Malah aksi Jeremy menggelecek bola untuk cuba melepasi Kpah Sherman sewaktu PJ City FC bertemu Kedah Darul Aman turut meraih perhatian peminat bola sepak tempatan.

P Maniam mula memberi kepercayaan kepada pemain kelahiran Melaka berbangsa Cina dalam 6 perlawanan terakhir Liga Super 2021. Kemampuan Jeremy dalam mengawal bola dan melakukan bentesan membuktikan beliau mempunyai kualiti sebagai seorang pemain pertahanan.

https://www.youtube.com/watch?v=6_Cv1aJrbeE

Berdasarkan statistik, musim Liga Super 2021 adalah musim gemilang buat Jeremy yang diturunkan sebanyak 7 kali dalam kesebelasan utama.

Advertisements

Polisi ‘Yakini Lokal’ kelab PJ City FC telah memberi peluang buat pemain tengah ini untuk melakukan penampilan di Liga Super. Walaupun hanya sekali beraksi penuh 90 minit dalam  6 perlawanan terakhir, aksi Jeremy Lim dibahagian pertahanan dilihat cukup meyakinkan.

lim Jeremy Lim 'Hidden Gem PJ' Mula Raih Kepercayaan P Maniam Barisi Jentera Pertahanan PJ City
Gambar arkib, 2019. Foto oleh PBMM

Jeremy Lim menyertai PJ City FC setelah memenangi Piala Emas Raja-Raja 2019 bersama Majlis Sukan India Malaysia (MISC). Pemain pertahanan tengah yang kini berusia 23 tahun ini turut dinobatkan sebagai pemain terbaik perlawanan akhir apabila menyumbang satu gol dalam buat MISC yang menyaksikan MISC menewaskan Kuala Lumpur dengan jaringan 2-1 seperti yang dilaporkan Sinar Harian pada tahun 2019.

Jeremy kini bermain di posisi pertahanan tengah PJ City FC. Beliau dilihat mempunyai ciri-ciri dan gaya permainan sebagai ball playing defender berdasarkan kemahiran beliau menggelecek dan mengawal bola.

Advertisements

Malah beliau turut menjadikan Datuk Soh Chin Aun sebagai idola beliau dalam sukan bola sepak. Baru berusia 23 tahun, Jeremy Lim dilihat mempunyai potensi besar dalam menjadi pemain pertahanan tengah yang versatil sekiranya diberi pendedahan yang tepat dan mencukupi oleh PJ City FC.

Aksi Jeremy Lim dibarisan pertahanan PJ City FC pastinya ditagih para peminat bola sepak tempatan dan juga para penyokong PJ City FC apabila saingan Piala Malaysia 2021 bakal bermula tidak lama lagi.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram