Jerman Tewaskan Malaysia 8-0
UltraSukan
Persatuan Sukan Orang Pekak Malaysia
Advertisements

Malaysia mengalami kekalahan kedua dalam Kejohanan Bola Sepak Pekak Dunia 2023 selepas dibelasah Jerman 8-0 semalam.

Perlawanan kedua skuad negara di UM Arena itu menyaksikan gawang mereka bocor seawal minit ke-24 menerusi Marc Eisenberg. Jerman makin selesa sebelum rehat menerusi gol Steven Nowark.

Bersambung pada babak kedua, Eisenberg menyumbat gol ketiga sebaik wisel babak kedua ditiup. Nowark kemudiannya menambah gol keempat pada minit ke-51.

Advertisements

Skuad negara makin derita apabila Tobias Berg menambah gol kelima pada minit ke-63. Nowark kemudiannya menyempurnakan hatrik pada minit ke-78.

Eisenberg mengikut jejak langkah rakannya itu pada minit ke-86. Keputusan cemerlang Jerman dilengkapkan dengan gol kelapan yang disumbat Nowark pada minit akhir perlawanan.

Advertisements

Bagi ketua jurulatih negara, Haris Lajid, keputusan ini berlaku disebabkan keghairahan anak-anak buahnya memburu gol. Apabila itu berlaku, kesempatan segera direbut pihak lawan untuk menjaringkan gol.

“Kita terlalu ghairah (memburu gol). Macam first half (separuh masa pertama) tadi, dia ghairah nak menjaringkan gol. Tapi bab pace (kelajuan) dia tak pandai main.

Advertisements

“Bila dia hilang bola, every ball (setiap bola) dia nak go (pergi rebut). Saya dah cakap jangan pergi awal, you just hold your position (anda hanya perlu kekalkan kedudukan). When they come, just apply the pressure (Bila mereka datang, hanya perlu kenakan tekanan),” katanya kepada Nadi Arena semalam.

Malaysia bakal melengkapkan aksi Kumpulan A dengan turun menentang Mesir di UM Arena esok.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram