Dunia
Advertisements

Johor Darul Ta’zim mengumumkan bahawa jersi baru JDT untuk musim 2021 telah habis terjual dalam tempoh 1 jam.

“Kedai dalam talian Johor Darul Ta’zim FC (JDT) dan Shopee menerima lebih 100,000 pelawat apabila jersi JDT 2021 Nike ‘Home’ dan ‘Away’ membuka jualannya pada jam 11 pagi hari ini dengan kelab mencatatkan rekod jualan sebanyak RM1.6 juta”, jelasnya menerusi akaun Twitter @OfficialJohor.

JDT tampil dengan rekaan berkonsepkan berlian dengan paparan UNICEF di hadapan jersi yang memberi nilai tambah terhadap nilai dan rekaan jersi baru JDT Nike musim 2021.

Advertisements
rm244 tmj Lebih 8500 Unit Terjual Dalam Tempoh Kurang 1 Jam, JDT Cipta Rekod Baru

Selain itu JDT juga mengumumkan kedai dalam talian rasmi NIKE akan menjual sebahagian stok pada keesokan harinya (Jumaat) manakala kedai dalam talian JDT akan kembali membuka jualan dalam beberapa minggu lagi.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram