Advertisement
Jersi JDT Dijual Di 5 Negara ASEAN
Asia
MakanBola
Johor Southern Tigers

Jersi rasmi pasukan gergasi dari Selatan, Johor Darul Ta’zim telah dijual di beberapa negara ASEAN.

Menerusi ciapan jurnalis dari Filipina, Ivan Gayares menjelaskan bahawa Nike Filipina sudah mula menjual jersi JDT edisi 2022. Peminat dan penyokong JDT dari Filipina boleh mendapatkannya di laman web rasmi Nike PH. 

Ciapan tersebut juga mendapat perhatian akaun pengumpul jersi, @JKit yang menyatakan bahawa beberapa negara ASEAN lain turut berpeluang untuk mendapatkan jersi JDT. 

Antara negara tersebut ialah Filipina, Singapura, Indonesia, Thailand, Vietnam dan India. Pihak Nike sekaligus memberi peluang kepada peminat bola sepak negara serantau untuk mendapatkan jersi JDT.

Dengan mengekalkan warna tradisi iaitu merah dan biru, edisi 2022 ini dikhabarkan telah mendapat sambutan memberansangkan bukan sahaja laris terjual di stor fizikal namun banyak terjual secara atas talian. 

Jika disemak menerusi kedai rasmi @jdtstore Malaysia di Shopee, jersi ‘Home’ JDT telah terjual hampir 600 helai sementara jersi ‘Away’ terjual lebih 200 helai.