Jersi Kedah Licin Dalam Tempoh Kurang 10 Minit

January 21, 2020

Kedah maju 2000 tapak lagi apabila berjaya mencipta rekod baru jualan jersi paling pantas di dunia.

Jualan jersi ketiga Kedah bercorak petak dengan warna identiti skuad Lang Merah mendapat sambutan luar biasa oleh penyokong Kedah di gerai jualan di perkarangan Astaka Utama Stadium Darul Aman semalam.

Penjualan beberapa saiz pilihan digerai jualan oleh pihak Persatuan Bolasepak Kedah (KFA) ‘licin’ dalam tempoh dua jam sejak ia dijual.

Jersi ketiga Kedah

“Pihak KFA dan Lotto merakamkan penghargaan buat semua penyokong Kedah yang tidak melepaskan peluang mendapatkan jersi ketiga di perkarangan Astaka Utama Stadium Darul Aman.

“Dikhabarkan juga stok di outlet berhampiran turut kehabisan stok. Semua stok habis dijual dan Lotto akan mendapatkan stok semula bagi dijual pada hari perlawanan esok,” kata KFA di media sosial rasmi mereka.

Sementara itu, terdapat di laman facebook salah satu kelab penyokong juga memaklumkan jersi ketiga ‘licin’ dalam tempoh 10 minit di pusat jualan berasingan.

Follow Telegram @makanbola untuk dapatkan berita bola sepak Malaysia terus di telefon bimbit anda.
Follow Telegram @makanbola untuk dapatkan berita bola sepak Malaysia terus di telefon bimbit anda.
240 views

By Naim Rahim
@naimbola90

Terbaru