Jersi Kerteh FC Laris Terjual Dalam Tempoh Satu Malam
Liga M4
Kerteh FC
Advertisements

Pada aksi Liga Bola Sepak Terengganu (TFL) tempoh hari, Kerteh terpaksa menelan kekalahan tipis kepada pasukan pelawat Besut FA dengan keputusan 0-1.

Biarpun tewas dan hanya beraksi di Liga Negeri, ianya bukanlah satu penghalang buat kelab Kerteh FC daripada menjana pendapatan hasil daripada penjualan jersi.

Melalui satu ciapan di laman X milik CEO Kerteh FC, Syed Khairi Amier Syed Radzuan, difahamkan hampir 100 helai jersi telah terjual pada hari perlawanan menentang Besut. Dalam masa yang sama, Syed Khairi turut berbangga apabila melihat kehadiran penonton yang sangat memberangsangkan.

Advertisements

“Walaupun tewas tapi ada detik yang lebih baik iaitu pertama kali perlawanan berstatus Liga Negeri berlangsung di Stadium Kerteh. Kehadiran penonton pun sgt memberangsangkan. Ada yg terpaksa berdiri tak ada tempat duduk. Ada yg dtg bersama keluarga. Jersi pun terjual hampir 100 helai,” coret Syed Khairi dalam satu ciapan di laman X.

Manakala Kerteh FC dalam satu ciapan di laman X rasmi kelab telah mengumumkan jersi home yang dijual pada hari perlawanan tempoh hari sangat laris sehingga mencapai jualan hampir RM 4000 bagi tempoh satu malam.

Advertisements

Kerteh kini menduduki tangga kelima Liga Bola Sepak Terengganu selepas mengumpul 3 mata selepas dua perlawanan yang telah diharungi. Liga itu kini dipimpin oleh Besut FA yang mengutip 6 mata selepas dua kemenangan dalam dua perlawanan.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram