Advertising
JIBC: Farkhan Haron Tewaskan Jaskaran Singh
UltraSukan
Farkhan Haron

Peninju profesional Malaysia, Farkhan Haron menutup karier tinjunya dengan kemenangan apabila menewaskan Jaskaran Singh dalam saingan Johor International Boxing Championship (JIBC) 2025.

Kejayaan ini membolehkan peninju berusia 34 tahun itu mempertahankan gelaran juara Asia untuk kategori Bridgerweight Majlis Tinju Dunia (WBC).

Ad

Farkhan turun dengan rekod 13 kemenangan tanpa kalah dalam kariernya. Meskipun Jaskaran, 26, memiliki kelebihan dari segi ketinggian, beliau tidak gentar dengan cabaran peninju India itu.

Ad

Sebaik perlawanan bermula, Jaskaran berusaha memberi tekanan kepada Farkhan menerusi kelebihan ketinggian yang dimilikinya.

Situasi ini mendorong bekas juara Light Heavyweight WBC melancarkan tumbukan-tumbukan yang strategik tetapi padu ke arah peninju India itu.

Ad

Farkhan berjaya mencapai kemenangan apabila berjaya menumbangkan Jaskaran pada pusingan keempat. Meskipun peninju India itu cuba bangkit, jaguh negara itu diisytiharkan sebagai pemenang.

Ad

JIBC 2025 ialah kejohanan tinju antarabangsa hasil kerjasama Kerajaan Negeri Johor, FH Promotions dan Persatuan Tinju Johor. Persekutuan Tinju Profesional Malaysia dan Majlis Tinju Dunia bertindak sebagai badan yang memberi kelulusan.

Ad

Lima perlawanan berprofil tinggi berlangsung membabitkan petinju dari lapan negara iaitu Malaysia, Indonesia, Thailand, Filipina, India, Syria, Singapura dan Afrika Selatan.

Subscribe
Notify of
0 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments