Jodoh Baddrol Bakhtiar Dan Azraai Khor Kembali Bertaut Demi Kedah
Komuniti
FA Kedah / Azraai Khor
Advertisements

Selepas meninggalkan arena bola sepak dan terjun ke bidang politik, Baddrol Bakhtiar dilihat tidak boleh berdiam diri daripada terus menyumbang sesuatu kepada sukan yang dicintainya.

Terkini, Baddrol Bakhtiar bakal berganding bahu bersama bekas jurulatih double treble Kedah, Azraai Khor Abdullah dalam satu projek khas iaitu Akademi Khas Bola yang ditempatkan Murthadha Dakwah Centre (MADAD).

Pengarah Urusan MADAD, Ustaz Mohammad Yaakub Yusra telah berkongsi mengenai perancangan menarik di sebalik akademi bola sepak di MADAD tersebut melalui satu coretan di laman Facebook milik beliau.

Advertisements

“Dulu kedah ada masa gemilang sampai juara double treble 2009. Tapi sayang lepas tu terus hilang bisanya sikit demi sedikit.

“Harini call Coach Azraai khor dan Baddrol Bakhtiar untuk kita buat Akademi khas Bola di MADAD. Bakat-bakat ni akan masuk Maahad Integrasi (MIM) yang dah ada, cuma jadualnya sedikit berbeza.

“Alhamdulillah silibus kita olah hampir sama macam pelajar-pelajar memanah kita, dalam tempoh kurang setahun kita latih dengan peralatan, kemahiran, silibus, pemakanan dan jadual yang berfokus membuahkan hasil sehingga lebih 7 tournament kita berjaya jadi juara. Untuk tempoh kurang setahun saya rasa ianya satu kejayaan yang baik.

Advertisements

“Konsepnya pelajar-pelajar akademi akan dipilih dari kalangan pelajar-pelajar yang memang minat bermain bola dan ada kemahiran. Fully sponsorship dan inshaAllah ada elaun khas untuk prestasi,” coret Ustaz Yaakub Yusra di laman Facebook.

Pemilihan akan dilakukan sendiri oleh Azraai Khor dan Baddrol di mana kedua-duanya akan melakukan siri jelajah di sekitar negeri Kedah. Memandangkan kuota yang terhad, kepakaran kedua-duanya ditagih untuk mendapatkan pelajar yang terbaik daripada yang terbaik.

MADAD kini telah 2 tahun beroperasi di Sungai Petani dengan mempunyai maahad sendiri yang menempatkan seramai 31 orang pelajar dan 5 orang tenaga pengajar. Maahad Integrasi Madad (MIM) memfokuskan hafalan dalam masa singkat yang berkualiti.

Advertisements

Ini bermakna, pelajar-pelajar yang terpilih kelak bakal memperolehi ilmu dari pelbagai sudut seperti ilmu Al-Quran, ilmu akademik dan juga ilmu sukan. Gabungan ketiga-tiga ilmu ini bakal menjadi sandaran pelajar untuk menghadapi masa depan yang penuh dengan cabaran.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram