Jodoh Kobe Chong & Nuneaton Borough Hanya Bertahan 3 Bulan
Eropah
Kobe Chong
Advertisements

Jodoh pemain kacukan Malaysia, Kobe Chong bersama kelab barunya, Nuneaton Borough hanya bertahan selama tiga bulan selepas mereka difahamkan berpisah akhirnya.

Pemain berusia 21 tahun itu merupakan bekas pemain utama di Peterborough sebelum membuat keputusan untuk menyertai AFC Telford United.

Namun begitu, jodoh pemain ini tidak panjang sebelum membuat keputusan untuk menyertai Nuneaton Borough.

Advertisements

Keputusan untuk menamatkan kontrak ini agak mengejutkan tatkala beliau membuat permulaan yang cemerlang di sana beberapa bulan yang lalu.

“Saya memutuskan untuk meninggalkan Nuneaton Borough. Saya sangat menikmati waktu singkat bersama kelab ini. Saya ucapkan selamat maju jaya kepada pasukan,” katanya.

Kobe juga difahamkan berada dalam radar FAM sebagai salah seorang calon pemain kacukan bersama-sama Richard Chin yang mahu diuji oleh Kim Pan-gon.

Advertisements

Masa depan beliau bagaimanapun masih belum menemui jawapannya dengan pelbagai spekulasi mula diperkatakan buat Kobe.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram