Ads
Transfer
Sri Pahang FC

Selepas Lucas Silva dan Kevin Ingreso, giliran Muslim Ahmad pula mengucapkan selamat tinggal kepada Sri Pahang FC.

Advertisements

Perkara ini didedahkan sendiri oleh jurulatih skuad Tok Gajah, Fandi Ahmad dalam sidang media selepas perlawanan Sri Pahang-Johor Darul Ta’zim FC (JDT FC) semalam.

Advertisements

“Selain Kevin Ingreso dan Lucas Silva, Muslim Ahmad juga sudah tidak lagi bersama Sri Pahang kerana kontraknya turut berakhir,” katanya kepada wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam.

Advertisements

Advertisements
https://twitter.com/makanbolaplus/status/1731546654527168575

Bek tengah berusia 34 tahun itu tidak banyak beraksi bersama Sri Pahang musim ini selepas Fandi lebih memilih Fadhli Shas, Stefano Brundo atau Michael Glassock sebagai bek tengah utama.

Justeru, tidak hairanlah kelibatnya ada disaksikan dalam saingan Piala MFL musim ini.

Advertisements

Pengalaman yang dimiliki Muslim membantunya mengetuai barisan pertahanan muda Tok Gajah dalam tiga perlawanan.

Sepanjang bersama Tok Gajah, Transfermarkt mendedahkan beliau telah merekodkan 84 penampilan dan mencatat dua gol.

Tempoh tersebut menyaksikan Muslim membantu Sri Pahang menggondol gelaran juara Piala FA pada 2018.

Pernah beraksi bersama Harimau Muda, beliau juga turut merekodkan 28 penampilan bersama Harimau Malaya. Ini termasuk kejayaan menjulang Piala AFF pada tahun 2010.

Advertisements

Pendedahan ini bakal menyaksikan Sri Pahang mengalami perubahan besar dalam saingan Liga Super musim hadapan.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram