Bekas penjaga gol Man City dan England, Joe Hart terkesima tatkala merasai keenakan makanan kegilaan rakyat Malaysia, nasi lemak.
Menerusi satu segmen khas yang dikendalikan oleh Stadium Astro, Joe Hart telah dijemput sebagai tetamu istimewa bagi mencuba juadah atau makanan yang cukup sinonim dengan rakyat Malaysia.
Sebanyak 10 hidangan juadah pelbagai jenis telah disediakan buat Joe Hart merasai sendiri keenakan selain diminta untuk mengulas dan diberikan markah berdasarkan cita rasa beliau.
Saat mencuba nasi lemak, Joe Hart kelihatan cukup terkejut tatkala melihat saiz hidangan yang cukup besar dan lengkap terdiri daripada nasi, telur rebus, ayam goreng, ikan bilis dan sambal.
Saat mencuba nasi lemak, Joe Hart kelihatan cukup terkejut tatkala melihat saiz hidangan yang cukup besar dan lengkap terdiri daripada nasi, telur rebus, ayam goreng, ikan bilis dan sambal.
Ketika di suapan pertama, Joe Hart terdiam seketika sebelum mengungkapkan keenakan nasi lemak yang dirasainya serta gembira dapat mencuba hidangan utama rakyat Malaysia itu
”Agak sedap, saya rasa sudah kenyang tetapi saya berasa gembira (merasainya),” kata Joe Hart ketika diminta untuk mengulas.
Malah, Joe Hart turut memberikan markah setinggi 8 per 10 bagi hidangan nasi lemak tersebut oleh kerana gabungan rasa dari setiap bahan yang ada di dalam juadah tersebut
”Saya akan berikan markah sebanyak 8 per 10 kerana saya gemarkan gabungan bahannya dari telur, nasi, ayam selain sambal yang tidak begitu pedas. Saya sukakannya,”
Selain nasi lemak, Hart turut berkesempatan merasai aneka juadah yang berbeza seperti snek Super Ring, kuih ketayap, sirap bandung, keropok lekor, Coki-Coki, tat nenas, karipap, pisang goreng dan teh tarik.
Ketika ditanya hidangan mana yang akan disediakan kepada para tetamu, Joe Hart secara berseloroh memilih nasi lemak supaya kesemua orang yang mencuba akan berasa kenyang dan gemuk.
”Saya akan hidangkan ini (nasi lemak) kerana ingin semua yang memakannya menjadi gemuk,” kata Joe Hart secara berseloroh.
Joe Hart sebelum ini berada di Malaysia untuk bertugas sebagai seorang panel bagi liputan siaran langsung Liga Perdana Inggeris (EPL) khusus buat Astro Supersports.