Advertising
Johan Ghazali Muncul Bintang Baru Paling Menyerlah 2023
UltraSukan
Johan Ghazali

Jaguh Muay Thai negara, Johan Ghazali terus mencipta sensasi dalam arena Muay Thai dunia.

Ini disebabkan oleh aksi cemerlang yang dipamerkan atlet muda negara itu sepanjang tahun ini sekaligus beliau diiktiraf sebagai Bintang Baru Paling Menyerlah pada tahun 2023.

Pengumuman ini dibuat menerusi instagram rasmi ONE Championship pada Jumaat yang menggambarkan kejayaan bintang berusia 17 tahun ini amat menakjubkan dan menjanjikan masa depan yang cerah.

Ad
View this post on Instagram

A post shared by ONE Championship (@onechampionship)

Ad

“Tahun 2023 sangat besar buat Johan Ghazali yang berusia 17 tahun.

”Masa depan dilihat cerah buat bintang sensasi Muay Thai ini”, tulis ONE Championship di kapsyen.

Ad
Ad

Johan Ghazali atau lebih mesra disapa Jojo berjaya mencipta nama menerusi penampilan cemerlangnya di pentas ONE Championship 2023 dengan rekod kemenangan 5-0 dan empat KO (knockout).

Ad

ONE Championship berkongsi pencapaian cemerlang Jojo di laman web rasmi ONE FC dan mengimbau setiap kemenangan yang diraih atlet negara itu.

Antara lawan tang berjaya ditumbangkan Jojo dalam kempen ONE Friday Nights 6 ialah Padetsuk Fairtex, Tai Sor Jor Piek Uthai, Samurai Seeopal dan Temirlan Bekmurzaev.

Aksi yang paling diingati sudah semestinya pertarungan berdepan Edgar Tabares yang memakan masa hanya 36 saat.

Atas aksi cemerlangnya itu, beliau dianugerahkan Bintang Paling Menyerlah 2023 oleh ONE Championship.