Advertising
Johan Ghazali Sedia Hadapi Cabaran Johan Estupinan
UltraSukan
Johan Ghazali

Jaguh Muay Thai Malaysia, Johan Ghazali sudah bersedia menghadapi lawan beliau, Johan Estupinan.

Jaguh berusia 18 tahun itu bakal berdepan jaguh sensasi dari Colombia itu untuk saingan ONE 170 yang diadakan di Impact Arena, Bangkok, Thailand.

Ad

Estupinan terkenal dengan gelaran The Panda Kick kerana suka menggunakan serangan pantas ke atas pihak lawan dalam gelanggang.

Ad

Corak pertarungan itu membantu beliau kekal tanpa kalah dalam 26 perlawanan. Estupinan juga masih belum tewas dalam empat perlawanan ONE Championship.

Meskipun sedar dengan kelebihan yang dimiliki Estupinan, Johan yang mesra disapa Jojo sudah ada perancangan untuk menyekat lawannya itu.

Ad

“Memang kita pun sudah ada strategi tersendiri. Sudah tentu kalau nak laju mana pun, tumbuk tak kena pun tak guna juga,” katanya kepada wartawan Astro Arena, Kamal Nizam.

Ad

“Kita ada strategi kita dan pelan permainan. Jadi, macam mana pun, kita bersedia dan buat apa yang kita boleh buat. Dan Insya Allah, kemenangan di tangan Jojo.”

Ad

Johan dan Estupinan bakal berentap pada 24 Januari ini. Aksi ini bukan saja peluang buat beliau kedudukan ranking kategori flyweight ONE Championship.

Malah, ini juga peluang buat Johan menebus kekalahan abangnya, Elias Ghazali di tangan lawan yang sama. Elias tewas kepada Estupinan dalam saingan IFMA World Championship 2021.