Ads
Johan Ghazali Terima Pesanan Khas Khabib Nurmagomedov
UltraSukan
Johan Ghazali

Jaguh Muay Thai Malaysia, Johan Ghazali mendapat suntikan semangat daripada legenda MMA terkenal, Khabib Nurmagomedov.

Advertisements

Dua figura ini berkesempatan bertemu dalam program Khabib Nurmagomedov Live in Malaysia 2024 yang diadakan di Pusat Dagangan Dunia (WTC) pada 29 September lalu.

Advertisements

Meskipun mewakili disiplin seni mempertahankan diri yang berbeza, Khabib dilihat kagum dengan keupayaan Johan sebagai pejuang di gelanggang.

Advertisements
Advertisements

Atas sebab itu, beliau turut mengucapkan selamat berjaya kepada jaguh Muay Thai berusia 17 tahun itu dalam kariernya.

““Saya baru sahaja berjumpa dengannya (Johan) di belakang pentas. Saya tahu dia masih muda, dan saya tahu dia seorang penyerang yang hebat. Saya hanya ingin ucapkan yang terbaik untuknya,” katanya seperti yang dilaporkan Nadi Arena.

Advertisements

Sementara Johan yang mesra disapa Jojo pula menyifatkan pengalaman berada dalam program Khabib Nurmagomedov Live in Malaysia 2024 sebagai satu pengalaman yang hebat.

Baginya, ia satu penghormatan untuk bersama orang-orang yang hebat dalam program tersebut termasuk Khabib.

“Hari yang hebat bersama orang-orang yang hebat. Jujurnya ia satu penghormatan, terima kasih Faith Events kerana menjemput saya,” katanya dalam satu hantaran di Instagram.

Advertisements

Sebaik hantaran tersebut dimuat naik, ramai peminat termasuk figura ternama mengucapkan selamat berjaya kepada Johan. Antara yang berbuat demikian ialah pengacara dan pelakon, Alif Satar dan bekas Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram