Johan Kamal: Sukar Bawa Import Berprofil Tinggi Sebab Liga Malaysia Tak Dikenali
Dunia
Selangor FC
Advertisements

Tidak ramai sedar nak bawa pemain import berprofil tinggi ke Liga Malaysia (Liga M) bukan sesuatu yang mudah. Sebabnya mudah menurut CEO Selangor FC (SFC), Dr Johan Kamal Hamidon: Liga M masih tak dikenali.

Tetapi pada masa sama, beliau menegaskan Liga M tetap berkualiti. Cuma Liga M perlu bersaing dengan liga-liga negara lain yang lebih dikenali dari negara-negara Arab hingga Eropah dalam mendapatkan pemain-pemain ini.

“Sebenarnya nak cari pemain import berkualiti tak mudah sebab kalau kita lihat pasaran global, pemain yang bagus mereka ada banyak pilihan. Ada Liga Arab dan Eropah yang sudah tentu tawaran dia susah untuk kami tandingi.

Advertisements

“Sudah pasti harapan penyokong tinggi. Jadi kita kena ambil pemain yang mungkin boleh beraksi dengan baik. Jadi bila nak dapatkan pemain berprofil tinggi, tidak mudah kerana kita perlu bersaing dengan pasukan seperti dari UAE dan Eropah.

“Kebanyakan pemain ini mereka tak tahu pun Liga Malaysia. Saya rasa TMJ (Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim) pernah nyatakan sebelum ini nak bawa pemain bagus ke Malaysia tak mudah, jadi kami berdepan cabaran itu.

“Kita pun agak memilih sebab kita nak yang terbaik. Sebenarnya sudah tiga pemain import kita berunding tapi dibatalkan selepas tiga, empat minggu. Contohnya ada satu pemain kebangsaan, bila dia tanya jurulatih dia, jurulatih cakap tak boleh main dekat Malaysia.

Advertisements

“Bukan sebab (Liga M) tak berkualiti tapi mungkin kurang dikenali. Sebab promosi liga kita hanya di Malaysia saja, tak cukup (terdedah) keluar,” katanya.

Ketika ini, Selangor mempunyai Noor Al-Rawabdeh, Yazan Al-Arab, Hein Tet Aung, Richmond Ankrah, Alex Agyarkwa, Rauf Salifu dan Ayron Del Valle sebagai awang import mereka. Merah Kuning kini dalam proses mendapatkan seorang lagi pemain import dan dikhabarkan mahu mengikat Ifedayo Olusegun.

Johan percaya satu lagi sebab Liga M masih kurang dikenali ialah disebabkan kurangnya liputan maklumat liga ke benua lain selain Asia.

Advertisements

“Saya rasa (prestasi) JDT (Johor Darul Ta’zim) dalam kejohanan bawah AFC (Konfederasi Bolasepak Asia) bagus, tapi mungkin di luar seperti di Amerika Selatan, mungkin informasi berkenaan Liga Malaysia tak sampai ke sana.

“Jadi bila ketua jurulatih tak pernah dengar (Liga M), dia sukar untuk bagi pemain datang sebab pemain mungkin tidak dapat lagi panggilan pasukan kebangsaan. Jadi pemain itu pun tak pergi,” tambahnya.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram