Kemenangan Johor Darul Ta’zim Ditangguhkan, Nagoya Grampus Curi 3 Mata Penuh
Dunia
Johor Darul Ta’zim Head Coach, Benjamin Mora photo before Malaysia Super League 2017 match against Selangor at Larkin Stadium, Johor Bahru. Pix by Rizanizam/asiana.my
Advertisements

Hasrat Johor darul Ta’zim untuk memperoleh tiga mata penuh tidak kesampaian apabila tewas tipis 0-1 kepada Nagoya Grampus.

Kedua-dua pasukan bermain dengan baik menerusi percubaan berbahaya pada separuh masa pertama namun tiada gol dapat dihasilkan.

Bersambung babak kedua, Johor Darul Ta’zim mula meningkatkan tempo permainan namun akhirnya memakan diri sendiri atas kelalaian barisan pertahanan menerusi jaringan pemain Nagoya, Hiroyuki Abe pada minit ke-60.

Advertisements

Johor yang terdesak mencari gol penyamaan berjaya memperoleh gol pada minit-minit terakhir perlawanan namun jaringan tersebut dibatalkan selepas pengadil perlawanan mengesan kekasaran Bergson kepada pertahanan Nagoya.

Keputusan kekal dengan 3 mata penuh milik Nagoya Grampus.

GAMBAR: ASIANA.MY

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram