Jordan Mintah: Bertemu Pasukan Terbaik Dalam Liga, Sebagai Penggempur Saya Bersedia
Dunia
officialterengganufc
Advertisements

Debaran saingan separuh akhir Piala Malaysia 2021 semakin dirasai. Pertembungan Terengganu FC dan Johor Darul Ta’zim pada Isnin di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin bakal menjadi penentu awal kepada cabaran kedua-dua pasukan merebut slot ke pusingan akhir.

Penyerang berbisa Terengganu FC, Jordan Mintah yakin bahawa dirinya bakal memperagakan aksi yang cemerlang dalam aksi bertemu JDT kelak. Beliau menjelaskan bahawa skuad kendalian Nafuzi Zain dilihat sudah bersedia untuk berdepan JDT.


“Cabaran bertemu pasukan terbaik dalam Liga M sentiasa saya nantikan dan sebagai penggempur saya bersedia untuk berdepan dengan mana-mana pertahanan. Lagipun pasukan kami sudah bersedia dan bekerja keras untuk berdepan dengan juara Liga Super lapan kali berturut-turut itu, perjuangan kami tidak akan berhenti selagi misi ke pentas final Piala Malaysia dan bergelar juara tidak tercapai.”

Advertisements

Mintah dalam pada itu terus optimis untuk pasukannya layak ke Final. Beliau dan rakan sepasukannya akan terus fokus dan berjuang hingga ke minit akhir permainan.

“Saya harap rakan sepasukan dapat fokus hingga minit terakhir perlawanan bagi memastikan kita dapat mengatasi lawan sebagai bekalan sebelum bertandang ke laman lawan,” katanya.

Penyerang berusia 26 tahun itu juga bangga dengan peningkatan yang dipamerkan oleh dirinya sendiri dan menyifatkan kemenangan buat pasukan adalah suatu perkara yang amat penting. Beliau juga menyeru agar para peminat sentiasa memberikan sokongan yang padu untuk menyemarakkan lagi semangat para pemain ketika beraksi di atas padang.

Advertisements

“Saya gembira dengan peningkatan prestasi sejak kebelakangan ini termasuk menjaringkan gol, tapi dalam setiap perlawanan siapa yang menjaringkan gol itu tidak penting sebaliknya kemenangan pasukan itu yang utama.

“Saya juga dahagakan sokongan peminat, jadi perlawanan di tempat sendiri Isnin ini sudah pasti saya inginkan sorakan padu daripada mereka bagi menyuntik semangat kami ketika bermain,” katanya kepada Berita Harian.

Untuk rekod, Mintah setakat ini berjaya menjaringkan empat gol dalam enam perlawanan sepanjang kempen Piala Malaysia 2021 ketika membantu Terengganu FC.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram