Pemain import Terengganu FC yang dianggap sebagai tonggak tengah pasukan, Habib Haroon akan terus berkhidmat bersama Terengganu FC pada saingan Liga Malaysia musim hadapan.
Turut kekal bersama skuad penyu itu penyerang utama, Jordan Mintah dan pemain pertahanan utama, Argzim Redzovic.
Sebagai rekod sebelum dimasukkan ke dalam pasukan Terengganu FC, Habib telah mempamerkan aksi yang cemerlang sekaligus menjadi perhatian pasukan lain untuk mendapatkan beliau.
Begitu juga dengan penyerang lincah Terengganu FC, Jordan Mintah yang turut dikekalkan ini mampu memberikan yang terbaik di pentas saingan Liga Malaysia nanti.
Argzim sebagai pertahanan utama bagi pasukan Terengganu FC sentiasa dipuji oleh kerana prestasi cemerlang pada Piala Malaysia tempoh hari. Dengan usaha yang ditunjukkan beliau juga telah dipilih untuk tetap bersama Terengganu FC.
Pasukan Terengganu FC sambil itu menzahirkan ucapan terima kasih atas segala jasa dan selamat maju jaya buat pemain yang telah banyak membantu pasukan ini dalam mengharungi saingan musim ini.