Dunia
KAS Eupen
Advertisements

Pemain pertahanan berpengalaman pasukan KAS Eupen, Jordi Amat dikhabarkan bakal menjadi antara salah seorang pemain yang bakal memperkuatkan pasukan di Liga Super.

Beliau yang juga merupakan antara pemain yang sudah lama menjadi buruan pasukan Indonesia dijangka bakal tiba di Jakarta Sabtu depan untuk melengkapkan dokumen proses naturalisasinya.

Hal ini juga menguatkan lagi desas-desus bahawa pemain ini sudah pun bersedia untuk meninggalkan pentas bola sepak Eropah dan membawa haluan baru ke Asia Tenggara.

Advertisements

Bekas pertahanan kental Swansea ini menjadi antara watak penting buat pasukannya di Belgium selain berperanan selaku kapten pasukan nyata memberi impak yang cukup besar.

Malah, beliau merupakan pemain tunjang di sana apabila beraksi sebanyak 27 perlawanan sebagai pemain utama pasukan.

Advertisements

Bukan itu sahaja, statistik juga membuktikan bahawa beliau sememangnya merupakan seorang pemain pertahanan yang sangat baik di sana.

Pemain berusia 31 tahun ini memperoleh purata penilaian setinggi 6.77 sepanjang musim ini selepas berjaya tampil konsisten setiap kali diberi peluang.

Advertisements

Amat juga merekodkan kira-kira 51 hantaran dalam setiap perlawanan dengan ketepatan setinggi 86% telah pun direkodkan.

Kemampuan bekas pertahanan Real Betis ini untuk merencanakan gerakan dari bahagian bawah melalui hantaran-hantaran jauh yang sangat berkualiti sekaligus membuka peluang yang baik buat pasukan.

Advertisements

Disiplin dan komitmen yang tinggi ditunjukkan oleh pemain ini ketika bertahan menjadi aset terbaik buatnya apabila beliau memenangi hampir separuh perebutan bola di udara dan jarang melakukan kesilapan dalam bertahan.

Ini dibuktikan dengan catatan purata 0.7 sahaja kesalahan dalam setiap perlawanan mencerminkan kemampuan beliau untuk beraksi dengan baik di bawah tekanan.

Kehandalan pertahanan ini sudah pasti menjadi buruan kelab-kelab di Liga Super yang mahu menggunakan khidmat pemain ini bagi memantapkan lagi jentera pertahanan pasukan.

Status Amat Statistik Jordi Amat Menggerunkan, Bakal Perkuat Pasukan Liga Super Malaysia?
Sofa Score
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram