Dunia
Jordi Amat
Advertisements


Pertahanan yang baru sahaja dinaturalisasikan oleh PSSI, Jordi Amat dilaporkan hanya tinggal selangkah untuk menyertai pasukan gergasi Liga Super, Johor Darul Ta’zim (JDT).

Pemain berusia 31 tahun ini sedang menikmati perjalanan karier yang amat memberangsangkan apabila menjadi watak penting buat KSA Eupen musim ini.

Beliau telah turun hampir 27 perlawanan sebagai kesebelasan utama dan menjadi kapten disebabkan pengalaman yang cukup luasnya beraksi di Eropah.

Advertisements

Bekas pertahanan Swansea ini dikhabarkan sudah pun melengkapkan proses naturalisasinya semalam (15 Mei) dan dilaporkan berada dalam radar pasukan Harimau Selatan.

Sebelum ini, Makanbola sudah pun membuat liputan mengenai potensi buat pemain berdarah Sepanyol ini untuk membuat kemunculan di Liga Super.

Ini juga turut dilaporkan oleh salah satu portal di Malaysia iaitu Harimau Malaya yang turut melihat potensi pasukan kendalian Benjamin Mora untuk mempertaruhkan khidmat Jordi Amat bagi mengukuhkan lagi barisan pertahanan mereka yang beraksi di Liga Juara-Juara Asia (ACL).

Advertisements

Walau bagaimanapun, menurut satu hantaran oleh Media Indonesia, Gosball menjelaskan mengenai situasi pemain baharu mereka itu.

Jordi dilaporkan akan menyertai pasukan JDT sebagai pemain import selain bakal mengisi slot pemain ASEAN kerana telah pun berstatus sebagai pemain Indonesia.

Pengumuman rasmi juga dikhabarkan bakal berlangsung dalam masa terdekat untuk memperkenalkan pemain baharu ini.

Advertisements

Sungguhpun begitu, masih tiada sebarang kenyataan rasmi yang diumumkan oleh Johor Southern Tigers mengenai pemain ini.

Amat JDT Perpindahan Jordi Amat Ke JDT Hampir Jadi Kenyataan?
Instagram: Gosball
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram