Advertisement
Jordi Amat Kekal Di JDT
Liga Super
MakanBola
Johor Southern Tigers

Pertahanan tengah berpengalaman pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT), Jordi Amat tidak akan menyertai kelab Turki seperti yang digembar-gemburkan.

Pemain berusia 31 tahun itu merupakan watak penting buat Harimau Selatan yang kini merekodkan kemenangan ke-20 Liga Super.

Bintang kelahiran Sepanyol ini menggalas tanggungjawab penting untuk mengemudi benteng pasukan yang hanya merekodkan 4 bolos sepanjang 20 aksi setakat ini.

Kapten JDT ini bagaimanapun dikaitkan dengan perpindahan ke sebuah kelab Turki, Trabzonspor seperti yang digembar-gemburkan oleh media di sana.

Perpindahan tersebut segera dinafikan oleh pemilik kelab, DYAM TMJ dengan memberi penjelasan bahawa pemain Indonesia itu akan kekal bersama pasukan.

“Nope” ujar TMJ di ruangan komen Malaysianfootballeague.

Kudrat bekas pertahahan KAS Eupen ini pastinya ditagih untuk terus membantu pasukan bimbingan Tano Solari yang kini akan menghadapi saingan Liga Juara-Juara AFC (ACL).

Untitled design 7 Jordi Amat Kekal Di JDT

Gandingan bersama pertahanan muda JDT, Feroz Baharudin dilihat menjadi tonik utama buat pertahanan JDT pada musim ini apabila keduanya mempamerkan kualiti yang memberangsangkan.