Jordi Amat Lengkapkan Proses Naturalisasi, Bakal Bawa Indonesia Ke Persada Dunia

Jordi Amat Indonesia Jordi Amat Lengkapkan Proses Naturalisasi, Bakal Bawa Indonesia Ke Persada Dunia
KSS Eupen

Persatuan Sepak Bola Seluruh Indonesia (PSSI) sudah pun mengumumkan kehadiran pemain ternama Eropah, Jordi Amat ke Indonesia Sabtu ini dalam usaha untuk memperkuatkan skuad garuda.

Dalam satu kenyataan, ketibaan pemain itu bagi melengkapkan proses naturalisasinya sekaligus bakal membolehkannya untuk mewakili pasukan kebangsaan Indonesia.

Expand player

Pemain pertahanan berpengalaman ini merupakan salah seorang pemain yang ditagih selain Sandy Walsh juga dikhabarkan turut menjadi sandaran Sang Garuda kali ini.

‘Salah seorang pemain yang akan dinaturalisasikan ialah Jordi Amat dan dijangka tiba di Jakarta pada 15 Mei (Sabtu).’

‘Sandy Walsh pula dijangka bakal tiba pada bulan depan setelah segala urusan bersama kelab Belgiumnya selesai.’

Sepanjang berada di Jakarta, pemain berusia 31 tahun ini bakal mengunjungi Kedutaan Sepanyol di Indonesia untuk menyelesaikan beberapa dokumentasi sebelum ke hospital menjalani pemeriksaan perubatan.

Jika tiada aral melintang, kedua-dua pemain ini bakal menyertai kem latihan pusat skuad kebangsaan Indonesia dalam usaha untuk membantu kempen Kelayakan Piala Asia 2023 di Kuwait.

‘Kami sangat berterima kasih kepada Kementerian Belia dan Sukan yang selama ini membantu proses naturalisasi ini.’

‘Proses dokumentasi telah berjalan dan kami berharap semuanya berjalan lancar supaya Jordi dan Sandy boleh memperkuatkan pasukan Indonesia,’- kata Setiausaha Agung PSSI, Yunus Nusi.

Ini sekaligus bakal menambah lagi kekuatan pasukan kendalian Shin Tae-yong bagi memastikan kempen cemerlang Jun ini.