Jorn Andersen Akui Bukan Mudah Beraksi Di SSI
Persahabatan
Hkfa_official
Advertisements

Ketua jurulatih Hong Kong, Joan Andersen akui bukan mudah untuk beraksi di tempat lawan seperti di Malaysia. 

Beliau sedar tidak banyak pasukan yang akan menang apabila bertembung di Stadium Sultan Ibrahim. 

Walaubagaimanapun, jurulatih berusia 60 tahun itu tetap memuji persembahan yang ditampilkan oleh anak buahnya di sini. 

Advertisements

Beliau percaya anak buahnya mendapat banyak pengalaman sepanjang beraksi di Malaysia. 

“Saya berpuas hati dengan pemain hari ini kerana mereka berjuang keras dan kami juga mencipta beberapa peluang tetapi kami tidak bernasib baik.

“Tetapi bagaimanapun ini adalah pengalaman yang baik untuk pasukan, bukan mudah untuk bermain di tempat lawan di Malaysia, tidak banyak pasukan yang menang di sini,” katanya selepas tamat perlawanan.

Advertisements

Jurulatih kelahiran Norway ini menganggap barisan serangan pasukannya tumpul pada perlawanan semalam. Banyak peluang yang telah disia-sia kan oleh pemainnya. 

“Saya rasa kami mempunyai tujuh hingga sembilan peluang malam ini, tetapi barisan serangan kami agak bergelut untuk menghabiskan peluang itu.

“Kami perlu memperbaikinya, saya fikir jika kami berjaya mendahului hari ini keputusan akhir mungkin berbeza.

Advertisements

Malaysia berjaya melonjak ke tangga 139 dunia selepas secara rasmi telah memperoleh 10.12 mata daripada kalendar kali ini.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram