Jose Mourinho Akui Terlalu Rindukan Wartawan
Eropah
Instagram: @josemourinho
Advertisements

Pengurus baru AS Roma, Jose Mourinho menggambarkan suasana kehidupan barunya di Rome seperti yang diimpikannya tatkala beliau bersetuju untuk menjadi jurulatih di kelan tersebur bermula pada musim ini.

Bekas jurulatih Chelsea dan Inter Milan ini akui kelab tersebut adalah satu tempat yang sangat bagus untuk beliau meneruskan kerjaya sebagai seorang jurulatih sambil menegaskan bahawa visi dan misi kelab sesuai dengan cita-citanya yang besar.

Sungguhpun begitu, jurulatih kelahiran Portugal ini memuat naik satu gambar di laman Instagram beliau dengan kata-kata yang menarik perhatian pengikutnya.

Advertisements

Beliau mengakui bahawa kehidupannya kini lebih bahagia dan aman di Itali. Beliau turut menjelaskan gambar yang menjadi paparan tersebut menunjukkan reaksi beliau ketika ini yang sentiasa tersenyum disebabkan rekod baharu yang berjaya diciptanya.

“Saya sentiasa tersenyum kerana saya berjaya mencipta rekod 40 hari tanpa temu bual wartawan.”

Tambah jurulatih berusia 58 tahun itu, beliau kini hanya meluangkan masa untuk kekal fokus menjalankan tugasnya di tempat kerja sehingga beliau terlupa akan rakan-rakan medianya.

Advertisements

“Pada hari ini, saya akan mengadakan satu sesi temu bual bersama AS Roma dan kamu boleh melihatnya pada esok hari.”

“Tiada apa yang menarik secara jujurnya tetapi saya sayangkan media dan rindukan mereka.”

Kini, tugas beliau bermula dengan baik apabila berjaya mencatatkan kemenangan bergaya 5-0 dalam satu perlawanan persahabatan menentang Raja Casablanca.

Advertisements

Jose Mourinho pastinya ingin memulakan saingan dengan penuh bergaya untuk terus memberi tekanan kepada juara bertahan Inter Milan sambil mendapat saingan hebat dari pasukan seperti Atalanta, AC Milan dan juga Juventus.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram