Jose Mourinho Sindir Papu Gomez
Serie A
Jose Mourinho
Advertisements

Perang mulut antara Papu Gomez dengan pengurus AS Roma, Jose Mourinho kembali panas susulan komen pengurus Portugal itu selepas perlawanan Roma dan AC Monza.

Perlawanan semalam menjadi tumpuan selepas Gomez dikenakan penggantungan dua tahun oleh agensi anti-doping Sepanyol selepas gagal melepasi ujian doping semasa bersama Sevilla.

Perlawanan ini makin dihangatkan lagi dengan komen pemain sayap Argentina itu terhadap Mourinho awal minggu ini.

Advertisements

“Mourinho? Saya hanya mempunyai satu memori berkenaan beliau iaitu memenangi Liga Europa bersama Sevilla menentang beliau,” katanya seperti dipetik wartawan sukan terkenal, Fabrizio Romano.

Bagaimanapun, bekas pengurus Manchester United itu kemudian menyindir Gomez dengan menyentuh kes doping yang dihadapinya ketika ini.

“Beliau (Gomez) tidak beraksi di final menentang kami tetapi dalam separuh akhir menentang Juventus dan beliau sudah tahu tentang ujian positif tersebut.

Advertisements

“Saya batuk tetapi saya takkan ambil ubat batuk atau pil. Jika tidak, saya mungkin berdepan masalah melepasi ujian anti-doping,” katanya dalam sidang media pasca-perlawanan seperti dilaporkan TalkSport.

Selain penggantungan dua tahun, bekas pemain sayap Atalanta itu turut berdepan potensi kehilangan pingat Liga Europa dan Piala Dunia 2022 sekiranya gagal dalam rayuan kesnya.

Selepas dilepaskan Sevilla pada akhir musim lepas, Gomez menjadi ejen bebas sebelum menyertai AC Monza baru-baru ini. Beliau sempat bermain dua perlawanan sebelum dikenakan penggantungan tersebut.

Advertisements

Roma mengatasi lawan mereka itu 1-0 menerusi gol minit akhir Stephen El Shaarawy semalam.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram