Advertising
Juan Torres Pegang Dua Peranan Berbeza Dalam Satu Masa
MakanBola
FA Malaysia
Sponsors

Pengendali skuad bawah 23 tahun, Juan Torres Garrido bakal diberi dua jawatan yang berbeza bagi membangunkan skuad muda negara.

Menerusi satu laporan oleh wartawan MakanBola, Faris Zukeiman, beliau mengesahkan bahawa Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) melantik Juan Torres Garrido sebagai jurulatih skuad B-20 negara bagi persiapan menghadapi kejohanan mendatang.

Ad

“FAM mengesahkan bahawa Ketua Jurulatih B-23 negara, Juan Torres Garrido akan menggalas tugas selaku jurulatih pasukan B-20 negara yang bakal mengharungi aksi Piala AFF B-20 dan juga Kelayakan Piala Asia tahun ini,” tulis Faris Zukeiman di laman X.

Ad

Pengumuman ini dibuat dalam sesi sidang media selepas Mesyuarat Ke-10 Jawatankuasa Eksekutif FAM yang diadakan di Wisma FAM pada Selasa.

Dalam perkembangan yang sama, skuad bawah 23 tahun negara akan mula berkumpul bagi menjalani kem latihan kebangsaan pada 12 hingga 13 Mac depan.

Ad

Pengarah Teknikal FAM, Scott O’Donell berkata, senarai nama pemain akan diumumkan kelak dan perancangan untuk membawa skuad muda negara ke Qatar pada April masih tidak dimuktamadkan lagi.

Ad

Hal ini kerana, terdapat beberapa lagi destinasi yang diambil kira untuk dijadikan pilihan skuad bawah 23 tahun negara bagi persiapan pasukan menjelang Piala Asia bawah 23 Tahun pada April nanti.

Ad

Skuad bawah 23 tahun negara bimbingan Juan Torres Garrido ini akan membuka tirai saingan Piala Asia bawah 23 tahun menentang Uzbekistan pada 17 April sebelum turun berdepan Vietnam dan mengakhiri aksi kumpulan menentang Kuwait.