Harimau Malaya

Perancangan Jurulatih China Terjejas Saat Akhir Hadapi Malaysia

China China FA 2 Perancangan Jurulatih China Terjejas Saat Akhir Hadapi Malaysia
China FA
Advertisements

Ketua jurulatih China, Shao Jiayi terpaksa mengubah perancangan pada saat-saat akhir sebelum menentang Malaysia.

Beliau kehilangan beberapa tonggak pertahanan menjelang dua perlawanan persahabatan bulan ini, sekali gus memaksa beliau mencari pengganti dalam masa yang singkat.

China akan menjadi tuan rumah kepada Malaysia dan Bahrain di Guangzhou dalam jendela antarabangsa dari 14 hingga 20 November. Ini merupakan aksi terakhir pada tahun 2026. Namun, persiapan yang dirancang rapi bertukar kucar-kacir apabila beberapa pemain penting tidak dapat menyertai kem latihan.

Menurut laporan Portal China, 163.com, Jurulatih berusia 46 tahun itu kehilangan dua pertahanan tengah utama, Zhu Chenjie dan Jiang Guangtai. Bagi menutup kekosongan itu, beliau memanggil Mao Weijie dari Dalian Yingbo sebelum menambah seorang lagi nama, iaitu pertahanan muda Shandong Taishan, Peng Xiao.

Masalah tersebut tidak terhenti di situ. Shandong Taishan – kelab dua tonggak pentingnya, Xie Wenneng dan Liu Yang, tetapi Xie cedera dalam perlawanan terakhir musim liga dan terpaksa menarik diri. Kehilangan itu menambah tekanan kepada jurulatih tersebut, yang kini perlu menyusun semula barisan pemain dengan pilihan yang lebih terhad.

Keputusan awal jurulatih berkenaan turut dikritik selepas tiada seorang pun pemain dipilih daripada juara baharu liga, Dalian Yingbo. Selepas meneliti semula prestasi pemain kelab itu, beliau akhirnya memanggil pertahanan kiri, Weijie Mao. Ada pihak yang berpendapat Liao Jintao dan Lu Zhuoyi dari kelab yang sama juga wajar diberi peluang.

Panggilan terhadap Peng menjadi perhatian ramai. Pertahanan muda itu tampil konsisten bersama skuad B-23 sepanjang setahun lalu dan dilihat berpotensi menjadi tonggak benteng China untuk empat tahun akan datang. Namun begitu, panggilan ini tidak menjamin tempat dalam kesebelasan utama kerana beliau perlu terlebih dahulu menyesuaikan diri dengan rentak permainan di peringkat senior.

Bagi Harimau Malaya, keadaan ini mungkin membuka sedikit ruang. China akan beraksi tanpa beberapa pemain pertahanan pilihan utama, manakala penggantinya masih memerlukan masa untuk serasi.

Walaupun bertaraf persahabatan, perlawanan di Guangzhou bakal menguji sejauh mana barisan belakang tuan rumah dapat bertahan selepas dirombak pada saat akhir.