Ads
Juan Torres: Tiada Tekanan, Skuad Kali Ini Berbeza
Harimau Malaya
FA Malaysia

Malaysia optimis untuk memberikan aksi terbaik dan turun tanpa tekanan untuk mengekalkan kejuaraan di Piala AFF B-19 yang bakal berlangsung tidak lama lagi.

Advertisements

Keyakinan ini disuarakan oleh Ketua Jurulatih, Juan Torres Garrido yang ketika ini giat mempersiapkan skuad muda negara sebelum ke Indonesia.

Advertisements

Katanya, skuad yang dibawa kali ini tidak memiliki tekanan kerana para pemain berbeza dipanggil berbanding edisi sebelumnya.

Advertisements
Advertisements

“Saya lihat ini bukan situasi yang sama kerana kalau pemain sama mungkin ya. Skuad kali ini berbeza berbanding sebelumnya (juara AFF B-19).

“Malaysia B-19 mempamerkan aksi memberangsangkan dalam dua edisi sebelumnya. Pemain perlu menunjukkan kualiti mereka dengan aksi di atas padang,” jelasnya ketika ditemui.

Advertisements

Juan juga yakin tiada tekanan ke atas skuad kali ini selepas pemain dibarisi oleh pemain baharu yang bersemangat untuk mencipta sesuatu.

“Saya lihat tiada tekanan kerana dua pasukan berbeza (berbanding skuad B-19 terdahulu),” tambahnya.

Harimau Malaya B-19 akan menjalani latihan pusat selama seminggu di Malaysia sebelum berlepas ke Surabaya pada Isnin, 15 Julai 2024.

Malaysia akan membuka saingan Kumpulan C menentang Brunei pada 19 Julai 2024 (Jumaat) diikuti aksi kedua menentang Singapura pada 22 Julai 2024 (Isnin), kedua-duanya di Stadium Gelora 10 November 2024.

Halangan ketiga adalah menentang Thailand pada 25 Julai 2024 (Khamis) di Stadium Gelora Bung Tomo.

Advertisements

Juara kumpulan (3 pasukan) serta 1 naib juara kumpulan terbaik akan layak ke separuh akhir pada Sabtu, 27 Julai 2024 dengan aksi penentuan tempat ketiga dan Final akan berlangsung pada Isnin, 29 Julai 2024.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram