Jude Bellingham Kena Kad Merah Atas Alasan Pelik
La Liga
Real Madrid CF
Advertisements

Bintang Real Madrid, Jude Bellingham dilayangkan kad merah oleh pengadil dalam perlawanan terbaru La Liga membabitkan Los Blancos dan Valencia hari ini.

Bellingham dikenakan kad merah kerana membantah tindakan pengadil, Gil Manzano yang meniup wisel penamat sebelum bola yang ditanduknya menerjah jaring pada minit akhir perlawanan.

Tindakan Manzano itu mengundang rasa tidak puas hati pemain dan staf Real Madrid selepas tamat perlawanan.

Advertisements

Ini kerana jika wisel tidak ditiup sebelumnya, gol tersebut dikira dan Los Blancos meraih kemenangan. Sebaliknya, pelawat terpaksa berpuas hati dengan satu mata bila diikat Valencia 2-2.

Los Che membuka tirai jaringan menerusi Hugo Duro pada minit ke-27. Roman Yaremchuk kemudiannya menggandakan kelebihan tuan rumah pada minit ke-30.

Vinicius Jr. merapatkan jurang pelawat menerusi gol pada minit 50 sebelum rehat. Penyerang Brazil itu memastikan kedua-dua pasukan terikat 2-2 dengan gol pada minit ke-76.

Advertisements

Tindakan Bellingham yang membantah tindakan Manzano turut disokong oleh jurulatih Real Madrid, Carlo Ancelotti. Malah, beliau menafikan tuduhan bahawa bintang muda England itu menghina Manzano.

“Bellingham beritahu beliau ‘itu gol’, beliau tidak menghina pengadil. Kita akan lihat apa pengadil nyatakan dalam laporan bertulisnya,” katanya dalam sidang media selepas perlawanan hari ini.

Real Madrid kekal menerajui liga dengan 66 mata, tujuh mata di hadapan Girona dan 11 mata di depan Barcelona.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram