Ini merupakan jumlah mata dan juga kedudukan ranking FIFA setelah mengambil kira segala keputusan membabitkan aksi Malaysia vs Cape Verde pada Khamis.
Pertemuan mengujakan ini bakal menjadi tumpuan tatkala ini merupakan salah satu ujian pemanas badan kepada Harimau Malaya sebelum bertemu Vietnam dalam aksi Kelayakan Piala Asia.
Pasukan Harimau Malaya bakal memperoleh tambahan mata +3.5 sekiranya berjaya menumpaskan Cape Verde sekaligus mengumpul sebanyak 1127.07 mata secara keseluruhannya.
Walau bagaimanapun, kemenangan di Stadium Cheras ini tak akan mengubah ranking Malaysia yang berada di tangga ke-131 dunia namun hanya dibezakan 0.29 dengan Rwanda.
Seandainya pasukan kendalian Peter Cklamovski ini berhasil mengikat Cape Verde yang menghuni ranking ke-72 dunia, tambahan mata +1 akan berada dalam genggaman Harimau Malaya.
Manakala jika tewas, skuad kebangsaan terpaksa akur ditolak -1.5 mata akan tetapi kedudukan masa nyata pasukan negara masih tidak berubah dengan berada di ranking ke-131 dunia.
Aksi Malaysia vs Cape Verde akan berlangsung pada Khamis, 29 Mei di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, Cheras dengan sepak mula perlawanan tepat jam 9 malam.