Junior Eldstal Akhirnya Muncul Di Thailand
Asia Tenggara
Pt prachuap
Advertisements

Walaupun dipinjamkan dari Johor Darul Ta’zim (JDT) ke kelab Liga Thailand, PT Prachuap sejak bulan Januari yang lalu namun ianya bukanlah tugas yang mudah buat Junior Eldstal mendapatkan tempat di kesebelasan utama kelab tersebut.

Selepas 10 perlawanan liga, akhirnya tiba masa buat Junior melakukan debut bersama PT Prachuap apabila beliau diturunkan pada minit ke-86 ketika menentang pasukan yang menghuni tangga ke-11 Liga Thailand, Khon Kaen United.

Junior dibawa masuk bagi menggantikan bekas pemain kebangsaan Thailand, Nattapon Malapun. Penampilan pertama Junior itu dikongsikan oleh laman twitter Harimau Abroad yang sering berkongsi mengenai aksi pemain-pemain Malaysia di luar negara.

Advertisements

Perlawanan tersebut berakhir dengan kemenangan selesa 3-0 buat PT Prachuap. Kemenangan yang diraih itu masih belum cukup untuk buat PT Prachuap mendaki liga dan mereka kekal di tangga ke-13 liga selepas melalui 25 perlawanan.

Nama Junior bukanlah nama yang asing bagi arena bola sepak di Thailand apabila pernah beraksi bersama Chonburi FC pada musim 2021 dan 2022 sebelum mengambil keputusan untuk kembali ke JDT pada Julai 2022.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram