Junior Eldstal Tertekan Pengadil Tidak Mahu Gunakan VAR Selepas Tragedi Kad Merah
Dunia
Junior Eldstal
Advertisements

Pemain pertahanan Chonburi FC, Junior Eldstal mengakui keputusan yang dikenakan terhadapnya pada aksi Liga Thai minggu ini tidak patut apabila ia telah menyebabkan pasukannya kehilangan tiga mata berharga.

Menurut satu ciapan yang dimuat naik di lama Twitter rasminya, beliau telah menyatakan bahawa keputusan yang dikenakan terhadapnya itu ‘amat hebat’ namun mengakui tidak menjangkakan bahawa cabaran bersihnya terhadap pemain lawan itu mengundang padah apabila beliau dilayangkan kad merah.

Pemain pertahanan kebangsaan ini mengakui, tragedi tersebut menyebabkan beliau tidak lagi mahu menggunakan VAR untuk menyemak semula ulang tayang kejadian tersebut.

Advertisements

‘Satu lagi minggu, satu lagi keputusan hebat yang tidak menyebelahi saya.’

‘Kad merah dilayakan terus terhadap cabaran dua kaki ini,’-Jelas Junior menerusi akaun Twitter rasminya.

Keputusan yang diambil oleh pengadil itu menyebabkan pasukannya terpaksa meneruskan baki 30 minit perlawanan dengan 10 pemain yang menyebabkan pasukan lawan berjaya menjaringkan gol kemenangan pada minit ke 87 sekaligus menyaksikan pasukan kendalian Sasom Pobprsert tewas 2-3 di tempat sendiri.

Advertisements

Sebelum ini, Junior juga pernah dilayangkan kad kuning ketika menentang Muathong United yang menyaksikan pasukannya terikat 3-3 di tempat lawan.

Namun begitu, kekalahan itu menyebabkan pasukan beliau merekodkan kekalahan pertama musim ini yang menyebabkan mereka jatuh ke tangga keempat liga.

Sehingga kini, pemain berusia 30 tahun itu menjadi watak utama pasukan apabila mendapat kepercayaan jurulatih untuk mengisi posisi pertahanan tengah pasukan. Akan tetapi, beliau tidak tersenarai dalam senarai 24 orang pemain yang mendapat panggilan untuk mengisi slot bagi perlawanan persahabatan di Amman, Jordan.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram