Junior Eldstal Kembali Ke Pangkuan JDT
Dunia
johor southern tigers
Advertisements

Pemain kelahiran England-Malaysia, Junior Eldstal baru sahaja sah diumumkan sebagai pemain baharu pasukan gergasi Malaysia, Johor Darul Ta’zim.

Sebelum ini, pemain berusia 31 tahun ini telah berpangkalan di Liga Thailand bersama pasukan Chonburi FC selama satu musim.

Untuk rekod, pemain pertahanan ini menjadi watak penting pasukan Chonburi pada musim lalu dimana beliau diturunkan sebanyak 32 perlawanan dalam satu musim.

Advertisements

Beraksi di Liga Malaysia bukanlah perkara baharu buat Junior Eldstal kerana sebelum ini beliau pernah menyarung jersi JDT pada tahun 2015 sehingga 2018.

Junior Eldstal sah akan menyarung jersi nombor 38 pada musim ini.

Pemain berpengalaman ini bakal memperkuatkan lagi barisan pertahanan JDT dan mungkin akan memberi saingan yang tinggi kepada pemain lain kerana fleksibiliti yang dimilikinya bermain di pelbagai posisi pertahanan.

Advertisements

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram