Junior Eldstal Papar Kualiti Pertahanan Terbaik Rantau Ini
Harimau Malaya
FAM
Advertisements

Pemain pertahanan Malaysia, Junior Eldstal berjaya membalas kepercayaan Kim Pan-gon apabila mempamerkan aksi bertahan yang berkualiti tinggi dalam perlawanan menentang Syria.

Pemain berusia 32 tahun itu masuk pada minit ke-46 perlawanan bersama-sama dengan Shahrul Nazeem dan Akhyar Rashid untuk memenuhi kehendak taktikal Kim Pan-gon.

Junior Eldstal kelihatan tenang mengawal bola dan melakukan beberapa hantaran yang berkualiti dalam perlawanan ini.

Advertisements

Malah kelibat Junior yang mengawal bahagian pertahanan tengah membantu pasukan untuk fokus dan kembali bangkit mengikat Syria dengan jaringan Akhyar Rashid dan Darren Lok.

Para penyokong Malaysia juga turut berpuas hati dan memuji aksi Junior Eldstal dalam perlawanan ini.

“Masuk Junior Eldstal padu kawal centre back.” – Afizul TW.

Advertisements

“Good game, Junior Eldstal superb.” – Khairul Kamil.

“Terbaik Malaysia, kawalan game yang cukup kemas, siapa cakap Junior Eldstal tak mampu kemudi pertahanan.” – Muhd Syahmi.

Junior Eldstal yang baru sahaja pulih dari kecederaan ternyata berjaya mempamerkan aksi yang cemerlang walaupun menentang negara yang berada di ranking lebih tinggi.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram