Junior Eldstal Sertai Kelab Thailand, PT Prachuap FC
Dunia
Pt prachuap
Advertisements

Pemain kelahiran England-Malaysia, Junior Eldstal baru sahaja sah diumumkan sebagai pemain baharu pasukan dari Thailand, PT Prachuap. 

Difahamkan, pemain berusia 32 tahun itu sertai kelab tersebut dengan kuota ASEAN. 

Junior Eldstal, menyertai Johor Darul Ta’zim pada bulan Julai yang lalu. Namun, beliau tidak pernah diturunkan dalam kesebelasan utama JDT. 

Advertisements

Sebelum ini, bekas pemain JDT ini juga pernah beraksi di Liga Thailand bersama Chonburi FC selama satu musim. 

Untuk rekod, pemain pertahanan ini menjadi watak penting pasukan Chonburi pada musim lalu dimana beliau diturunkan sebanyak 32 perlawanan dalam satu musim.

Advertisements

Mungkin ini adalah peluang beliau untuk terus beraksi mendapatkan minit permainan sekaligus mampu untuk mewakili skuad kebangsaan suatu hari nanti.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram