Junior Eldstal Tersisih
Asia Tenggara
fam malaysia
Advertisements

Pemain pertahanan tengah kebangsaan, Junior Eldstal sentiasa menjadi perhatian ramai apabila panggilan skuad kebangsaan diumumkan. Mempunyai fizikal dan disiplin yang tinggi, aset terbaik Junior itu sudah pasti didambakan pengendali Harimau Malaya, Kim Pan-gon.

Namun begitu, sejak kebelakangan ini, nama Junior Eldstal tidak lagi tersenarai dalam kesebelasan utama untuk kelabnya, Dewa United yang bersaing dalam Liga 1 Indonesia.

Kali terakhir Junior membarisi kesebelasan utama Dewa United adalah pada 22 September yang lalu iaitu ketika Dewa United tewas 0-1 kepada Persita Tangerang. Dalam perlawanan tersebut, Junior beraksi dalam separuh masa pertama dan digantikan sebelum separuh masa kedua dimulakan.

Advertisements

Selepas perlawanan itu, Junior telah diletakkan di bangku simpanan untuk dua perlawanan berikutnya. Tempat Junior di posisi pertahanan tengah telah digantikan oleh Mochammad Zaenuri bagi digandingkan dengan pemain import dari Montenegro, Risto Mitrevski.

Memiliki ketinggian 1.91 meter, hantaran lintang dan hantaran bola tinggi pihak lawan pasti akan disekat Junior menjelang aksi pembukaan Pestabola Merdeka menentang India, 13 Oktober ini.

Selain Junior, pemain pertahanan tengah lain yang dipanggil Kim Pan-gon adalah Sharul Nazeem, Dion Cools, Dominic Tan dan Matthew Davies yang juga mampu beraksi di posisi tersebut.

Advertisements

Pemenang aksi Malaysia, India itu akan mara ke pentas akhir Pestabola Merdeka dan bakal menunggu pemenang bagi satu lagi aksi di antara Palestin dan Tajikistan.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram