Ads
Jurang Ranking Malaysia & Indonesia Makin Hampir
Liga Super
FA Malaysia/AFC

Jurang ranking Malaysia dan juga Indonesia kini semakin hampir.

Advertisements

Dua negara Asia Tenggara ini bersaing sengit untuk memintas kedudukan satu sama lain berdasarkan kemas kini semasa ranking FIFA.

Advertisements

Sang Garuda berjaya mara ke pusingan ketiga Kelayakan Piala Dunia 2026 manakala Harimau Malaya terpaksa berpuas hati untuk menamatkan saingan pada pusingan kedua.

Advertisements
Advertisements

Pencapaian Malaysia bagaimanapun kekal cemerlang apabila berjaya mengikat Kyrgyzstan dan juga menewaskan Chinese Taipei dengan keputusan 3-1.

Berdasarkan kedudukan semasa, skuad kebangsaan kini berada pada kedudukan ke-134 dunia setelah naik satu tangga berbanding kedudukan terdahulu dengan 1107 mata.

Advertisements

Malaysia bagaimanapun masih berada di belakang Indonesia yang mengumpul 1108 mata sekaligus menghampiri kelompok 120 pasukan terbaik dunia.

Skuad negara bagaimanapun menerima tamparan hebat selepas kehilangan Ketua Jurulatih, Kim Pan-gon menjelang sepak mula Pestabola Merdeka 2024.

Advertisements

Indonesia pula menyambung khidmat pengendali, Shin Tae-yong untuk kekal lebih lama bersama pasukan sehingga tahun 2027.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram