Jurang ranking Malaysia & Vietnam makin mengecil menjelang penghujung tahun 2024.
Skuad kendalian Pau Marti dalam momentum cemerlang apabila menundukkan Lubnan 1-0 untuk muncul juara Pestabola Merdeka 2024.
Harimau Malaya mengekalkan rekod bersih di bawah kendaliannya dengan melonjak dua tangga ke kedudukan 132 dunia.
Vietnam pula tidak mengalami nasib seperti yang diharapkan apabila mengalami penurunan ranking secara mendadak.
Anak buah Kim Sang-sik tewas 8 daripada 9 perlawanan terakhir sekaligus menjejaskan prestasi pasukan dan ranking FIFA.
Kekalahan 2-1 di tangan pasukan ke-100 dunia, Thailand menyaksikan skuad Bintang Emas turun ke tangga 116 dunia dengan 1161 mata.
Kedudukan ini membolehkan jurang antara Malaysia dan Vietnam makin mengecil iaitu sekitar 16 ranking yang memisahkan kedua-dua pasukan.
Vietnam akan bertemu India bagi aksi persahabatan pada 12 Oktober sementara Harimau Malaya ke Auckland bagi menghadapi tentangan New Zealand pada 14 Oktober.