Ads
Jurang Ranking Terkini Malaysia & Chinese Taipei Jadi Motivasi Tambahan
Harimau Malaya
FA Malaysia

Jurang berdasarkan kedudukan semasa ranking FIFA antara Malaysia dan Chinese Taipei dapat menjadi motivasi tambahan.

Advertisements

Skuad kendalian Kim Pan-gon mengharungi tugas yang cukup membanggakan apabila berjaya mengikat pasukan ke-100 dunia, Kyrgyzstan dengan keputusan 1-1 di laman lawan.

Advertisements

Usaha yang tidak mengenal erti putus asa ini bakal diteruskan dengan misi besar untuk memastikan harapan untuk mara ke pusingan ketiga Kelayakan Piala Dunia 2026 tetap menyala.

Advertisements
Advertisements

Kedudukan semasa ranking FIFA di samping rekod buruk Chinese Taipei dapat memberi motivasi tambahan kepada pemain Harimau Malaya.

Malaysia kini menghuni tangga ke-135 dunia selepas melonjak 3 tangga dan memintas kedudukan musuh tradisi, Indonesia di tangga ke-136.

Advertisements

Chinese Taipei pula menerima tamparan hebat apabila turun dua tangga ke kedudukan 161 dunia selepas kehilangan -5.73 mata bertemu Oman tempoh hari.

Anak didik Gary White juga tewas kesemua perlawanan yang diharungi dan hanya berjaya meledak satu gol sahaja.

Advertisements

Malaysia dan Chinese Taipei akan bertemu pada 11 Jun 2024 di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) jam 9 malam.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram