Ads
Tanpa 7 Pemain Sandaran, Aksi Malaysia Menentang Kyrgyzstan Wajar Diberikan Pujian
Harimau Malaya
FA Malaysia

Perjuangan hebat pemain Malaysia berdepan Kyrgyzstan tanpa 7 pemain sandaran wajar menerima pengiktirafan tertinggi rakyat Malaysia.

Advertisements

Pelbagai dugaan melanda kem negara menjelang dua aksi berbaki bagi Kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027, Jun ini.

Advertisements

Deretan kecederaan yang melanda kem negara seperti Arif Aiman, Faisal Halim sehingga kepada Darren Lok telah menjejaskan momentum awal pasukan.

Advertisements
Advertisements

Semua itu bagaimanapun tidak menghalang tugas hebat para pemain yang dipanggil pada kem kali ini setelah laungan awal Ketua Jurulatih Malaysia, Kim Pan-gon yang optimis dengan kemampuan pemain sedia ada.

Pengendali kelahiran Korea Selatan itu yakin dengan setiap pemain yang dipanggilnya untuk memberikan aksi terbaik di atas padang.

Advertisements

Beberapa pertukaran dilakukan dalam aksi menentang pasukan ke-100 dunia itu dalam misi penting untuk tidak tewas.

Percaturan berani mati Pan-gon untuk meletakkan dua pemain dengan penampilan pertama, Safwan Mazlan dan Azri Ghani membuahkan hasil.

Dua watak penting ini memainkan peranan yang amat baik selain tugas cemerlang kapten pasukan, Dion Cools sebagai pemain sayap kanan memberikan masalah besar kepada lawan.

Hasilnya jelas terpapar apabila Harimau Malaya berjaya mengurangkan jumlah bolos berdepan Kyrgyzstan iaitu 3 kali kepada hanya sekali di Bishkek.

Tugas bukan mudah juga susulan pemain negara perlu menempuhi perjalanan jauh ke Kyrgyzstan dan tiba hanya dua hari sebelum aksi bermula sekaligus menyaksikan wira negara berjaya melaksanakan tugas dengan baik.

Malaysia juga berjaya melebarkan rekod baik bertemu wakil Asia Tengah itu apabila merekodkan satu kemenangan dan satu seri dalam dua pertemuan terakhir.

Skuad negara juga menjadi satu-satunya pasukan yang tidak tewas di laman Kyrgyzstan setelah Oman juga tunduk 1-0 ketika bertandang ke Bishkek.

Advertisements

Misi besar menanti para pemain negara untuk berdepan Chinese Taipei di Bukit Jalil pada 11 Jun 2024 jam 9 malam.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram