Jurulatih Afrika Selatan Berteka-teki Masa Depan
MakanBola
CAF

Jurulatih Afrika Selatan, Hugo Broos berteka-teki tentang masa depan beliau bersama pasukan itu selepas tamat kempen Piala Dunia 2026.

Ini kerana jurulatih berusia 74 tahun itu memaklumkan Piala Dunia 2026 merupakan kempen terakhir beliau sebagai jurulatih. Pada masa sama, Broos tidak menyatakan sama ada ini petanda bahawa beliau akan bersara.

“Tidak bijak untuk membuat keputusan apabila anda merasa kecewa. Saya akan lihat dalam beberapa hari seterusnya tentang apa yang saya akan lakukan pada masa depan.

“Yang pasti, ini Piala Dunia terakhir saya,” katanya seperti dilaporkan The News Mill.

Perjuangan pasukan yang diberi jolokan Bafana Bafana itu berakhir apabila mereka tewas tipis 1-0 kepada Kanada dalam pusingan 32 pasukan terbaik.

Meskipun kempen Afrika Selatan dalam Piala Dunia berakhir, ini masih pencapaian terbaik pasukan itu dalam sejarah kejohanan. Ini kerana ini kali pertama pasukan itu layak ke pusingan kalah mati selepas gagal berbuat demikian pada 1998, 2002 dan 2010.

Ini dicapai hasil pendekatan Broos yang menekankan prinsip kolektif, berdisiplin dan kerjasama antara pemain sejak bergelar jurulatih Afrika Selatan pada 2021.