Advertising
Jurulatih Baharu Harimau Malaya Miliki Pengalaman Luas Di Asia
MakanBola
FA Malaysia

Ciri-ciri jurulatih baharu Harimau Malaya tertiris selepas didakwa merupakan pengendali berpengalaman di Asia.

Baru-baru ini, kem Harimau Malaya digemparkan dengan kehadiran jurulatih baharu selepas pengendali, Pau Marti mengesahkan tidak akan kekal bersama skuad kebangsaan.

Ad

“Saya ingin memaklumkan bahawa Piala Mitsubishi Electric ASEAN 2024 akan menjadi tugasan terakhir saya sebagai ketua jurulatih Harimau Malaya.

Ad

“Keputusan ini dibuat susulan komunikasi dengan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), berhubung penstrukturan semula Pengurusan Pasukan Kebangsaan.

“Sebagai sebahagian daripada penstrukturan semula ini, ketua jurulatih dan barisan kejurulatihan Harimau Malaya yang baharu akan dilantik untuk kempen Kelayakan Piala Asia 2027 mulai tahun depan,” katanya kepada FAM.

Ad

Perkara itu dikukuhkan lagi apabila wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam melaporkan bahawa pengendali baharu skuad kebangsaan memiliki pengalaman luas bola sepak di Asia.

Ad

“Tugasan mencabar buat jurulatih baru Harimau Malaya, bukan nama besar tapi miliki pengalaman luas bola sepak Asia.

Ad

“Hal ini dibuktikan menerusi pencapaian di pentas antarabangsa dan domestik. Selamat datang ke Malaysia,” ujarnya di laman X.

Setakat ini, terdapat beberapa nama pengendali yang dikaitkan dengan jawatan pengendali Harimau Malaya namun masih belum ada pengesahan rasmi berhubung perkara ini.

Tugasan pertama pengendali baharu adalah untuk membantu skuad kebangsaan layak ke pentas Piala Asia 2027 di Arab Saudi apabila diundi berdepan Vietnam, Nepal dan Laos.