Jurulatih Bali United Mahu Jadikan Prestasi JDT Dan Lion City Sailors Sebagai Contoh
Dunia
Antara/Fikri Yusuf@republika
Advertisements

Perjalanan gemilang dua kelab Asia Tenggara iaitu Johor Darul Ta’zim (JDT) dan Lion City Sailors menumbangkan kelab Korea Selatan ternyata menjadi perhatian seluruh pelusuk Asia.

Manakan tidak, kedua-dua kelab Korea yang ditewaskan iaitu Ulsan Hyundai dan Daegu FC merupakan kelab gergasi di negara tersebut.

Kemenangan yang mengejutkan ini juga telah membuka mata pengendali Bali United, Stefano Cugurra. Beliau melihat perkembangan positif ini seharusnya menjadi contoh bagi kelab-kelab Indonesia dan beliau sangat teruja melihat kemajuan JDT.

Advertisements

“Keputusan yang baik buat dua pasukan terbaik dari Singapura dan Malaysia. Kedua-dua pasukan ini pastinya dapat menjadi contoh yang baik untuk kelab lain di Indonesia,” kata jurulatih yang akrab disapa Teco.

“City Sailors dahulunya dipanggil Home United sudah ada pencapaian yang baik dalam Piala AFC. JDT juga mempunyai pencapaian yang baik dalam Piala AFC dan kini mereka bermain di peringkat lebih tinggi,” sambung jurulatih Bali United itu.

Jadi buat Teco, beliau merasakan bahawa tiada yang mustahil untuk dilakukan kerana kelab-kelab besar juga mampu ditewaskan. Motivasi ini akan dibawa Bali United untuk beraksi dalam Piala AFC Jun nanti. Apatah lagi Bali United menjadi tuan rumah Kumpulan G bersama Kaya FC, Visakha FC, dan Kedah Darul Aman.

Advertisements

“Kita sedia maklum dalam bola sepak ada kalanya kelab yang lebih kecil boleh menang daripada kelab yang besar. Kelak dalam Piala AFC juga kita perlu yakin untuk mendapat keputusan positif,” kata Teco kepada Bola.

Bali United dijangka bakal memulakan aksi di pentas Piala AFC bertemu pasukan dari Malaysia, Kedah Darul Aman FC yang dijadualkan berlangsung 24 Jun nanti.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram