Advertising
Jurulatih Buriram United Kesan Perbezaan Pada Skuad JDT
MakanBola
Buriram United

Pengendali Buriram United, Osmar Loss Vieira menyifatkan skuad Johor Darul Ta’zim (JDT) yang bakal dihadapi anak buahnya sebagai skuad yang berbeza.

Kali terakhir JDT dan Buriram berentap ialah aksi keenam Liga Juara-Juara AFC Elit (ACLE) di Stadium Sultan Ibrahim (SSI) pada 3 Disember 2024.

Ad

Perlawanan tersebut menyaksikan kedua-dua pasukan terikat tanpa jaringan. Aksi tersebut turut menyaksikan tiga pemain dilayangkan kad merah termasuk kapten Buriram, Theerathon Bunmathan.

Ad

Sejak itu, Harimau Selatan merekrut beberapa pemain baharu yang memiliki pengalaman beraksi di Eropah.

Antara pemain yang direkrut JDT untuk kempen ACLE ialah Alvaro Gonzalez, Jonathan Vieira, Anselmo Moraes dan Samu Castillejo.

Ad

Atas sebab itu, Vieira menyifatkan Buriram bakal berdepan cabaran lebih sukar apabila berdepan Harimau Selatan di Stadium Buriram.

Ad

“Setiap perlawanan ACLE berbeza lebih-lebih lagi bila kita bercakap tentang dua pasukan dalam musim yang sama.

Ad

“Ketika kita beraksi di Malaysia untuk aksi peringkat Liga Timur, ianya berbeza dan sekarang juga berbeza. Seperti mana mereka membawa pemain baru, kita juga membawa pemain baru,” katanya dalam sidang media pra-perlawanan.

Buriram bakal berdepan JDT di Stadium Buriram pada 4 Mac. Ini disusuli aksi timbal balik pusingan 16 terbaik di SSI pada 11 Mac.

Subscribe
Notify of
0 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments