Advertisements
Jurulatih Croatia Dijangka Kemudi KL City
Liga Super
MakanBola
Kl city fc

Jurulatih kelahiran Croatia, Miroslav Kuljanac dijangka bakal ‘naik pangkat’ sebagai Ketua Jurulatih KL City bagi musim baharu ini.

Advertisement

Perkara ini dikongsikan oleh wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam yang melaporkan bahwa penolong jurulatih KL City itu akan menjadi pengendali tetap pasukan.

Miroslav Kuljanac bakal menggantikan tempat yang ditinggalkan oleh Nenad Bacina yang mengumumkan secara mengejut meninggalkan KL City semalam.

Advertisement

Bukan itu sahaja, Presiden Persatuan Bola Sepak Kuala Lumpur (KLFA), Khalid Samad juga meletak jawatan. KL City ketika ini menerima tamparan hebat apabila dua figura utama pasukan meninggalkan pasukan.

Jurulatih berumur 53 tahun ini juga pernah menjadi jurulatih interim musim lepas, beliau sempat mengemudi 2 perlawanan dan mencatatkan 2 kemenangan ketika menentang Kelantan FC dan Penang FC.

Advertisement

Beliau menyertai KL City pada bulan Januari 2023 menjadi pembantu jurulatih kepada Bojan Hodak dan juga Nenad Bacina. Pengalamannya bersama jurulatih berpengalaman pastinya sedikit sebanyak dapat membantu KL City hadapi musim baharu nanti. 

Advertisement

Walaubagaimanapun, KL City kini difahamkan bakal diselamatkan oleh Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil yang juga penaung kelab komited membantu The City Boys terus kekal bersaing di Liga Super.