Desas-desus mengenai pengganti jurulatih Selangor FC masih belum ditemui tatkala pengendali tempatan dan import dikaitkan menyandang jawatan tersebut.
Perkara ini dikongsikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Selangor FC, Dr. Johan Kamal kepada wartawan Astro Arena, Fadhirul Shuhaimi.
Perpisahan mengejut dengan pengendali, Tan Cheng Hoe secara persetujuan bersama menyebabkan The Red Giants perlu segera mencari pengganti.
Hal ini susulan pasukan sedang menjalani persiapan bagi saingan musim 2024/25 selain pasukan bakal beraksi di Liga Juara-Juara AFC 2 (ACL2).
Keputusan ini menyaksikan Selangor terpaksa mencari pengganti dengan jawatan ketika ini disandang oleh Nidzam Jamil secara sementara.
Dr. Johan memberi bayangan bahawa calon semasa jurulatiu tempatan hanyalah Nidzam Jamil namun tidak menyebut calon jurulatih luar.
“Ketua Pegawai Eksekutif Selangor FC, Dr Johan Kamal Hamidon menyatakan pihaknya sedang meneliti beberapa calon untuk mengisi jawatan Ketua Jurulatih Gergasi Merah. Nidzam Jamil muncul sebagai calon tempatan tunggu masa ini,” ujar Fadhirul di laman X.
Ketika ini, terdapat beberapa nama yang disebut-sebut untuk berpotensi untuk mengisi jawatan tersebut dengan beberapa nama besar jurulatih luar negara juga masih berstatus ejen bebas.
Tan Cheng Hoe berjaya membantu kejayaan Selangor bagi tahun 2023 apabila membawa pasukan muncul naib juara Liga Super 2023 selain mara ke peringkat suku akhir Piala Malaysia.